
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati” – Riwayat Al-Tabarani
Hadiah apa yang anda ingin berikan kepada yang tersayang atau kenalan anda? Pastinya sipenerima sangat gembira dan tersenyum riang mendapat hadiah istimewa daripada anda. Ketika memberi hadiah adab dalam memberi hadiah sangat penting dalam menjaga hubungan yang baik dan menunjukkan rasa hormat anda kepada orang lain. 7 perkara beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam memberi hadiah:
1. Keikhlasan: Pemberian hadiah mesti diberikan dengan niat yang tulus dan tanpa mengharapkan balasan. Keikhlasan dalam memberi akan membuat hadiah tersebut lebih bermakna bagi penerima.
2. Pemilihan Hadiah yang Sesuai: Pemilihan hadiah yang sesuai dengan keperluan atau minat si penerima. Hadiah yang dipilih dengan penuh perhatian akan lebih dihargai daripada yang diberikan secara sembarangan.
3. Elak Pemborosan: Walaupun memberi hadiah adalah bentuk perhatian, jangan sampai melampaui kemampuan diri atau memboroskan harta demi memberi hadiah. Rasulullah SAW mengajarkan kita adab dalam memberi hadiah perlulah memberi sesuai dengan kemampuan.
4. Menjaga Kerahasiaan: Jika memberi hadiah sebagai bentuk penghargaan atau kejutan, pastikan penerima tidak mengetahui hadiah tersebut sebelumnya, kecuali jika hadiah itu memang diminta.
5. Tidak Menunggu Balasan: Jangan memberi hadiah dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Hadiah seharusnya diberikan tanpa meminta balasan.
6. Memberi Hadiah Pada Waktu yang Tepat: Anda perlu memilih waktu yang sesuai untuk memberi hadiah, ini dapat meningkatkan nilai dan kesan hadiah tersebut. Contohnya, memberi hadiah pada hari ulang tahun, pencen, perkahwinan atau perayaan tertentu akan lebih berkesan di hati penerima.
7. Mengungkapkan Rasa Terima Kasih Dan Penghargaan: Jika seseorang memberikan hadiah, penting untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan dengan ihklas.

Adab dalam memberi hadiah ini akan menjadi satu perbuatan yang baik untuk kita menjalinkan hubungan sosial dan menunjukkan kebaikan hati dalam masyarakat.

Beri hadiah kepada isteri:
“Wahai suami sesekali berikanlah hadiah kepada isterimu, secara kejutan tanpa dia minta pasti kamu akan dicintai” – Wan Anne
